SIRIM Podcast

Program Padanan Perniagaan dan Peruncitan di Pasaraya/Pasaraya Besar untuk PKS

Episode Summary

Bual bicara bersama En Norman Rajan Abdullah, Pengurus Besar, Mydin Malaysia.berkaitan perancangan, penyelarasan dan pembangunan dalam membantu promosi hasilan PKS.

Episode Notes

 Objektif projek adalah meningkatkan pendedahan jenama di pasaraya besar Mydin dan menyokong pengiklanan dan promosi. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan peluang daya saing PKS di dalam pasaraya besar serta seterusnya berupaya meningkatkan jualan sebanyak 30%.

Dengarkan bagaimana Mydin dan SIRIM menjalankan saringan terhadap tujuh PKS yang terpilih serta aktiviti yang disediakan bagi membantu mencapai sasaran yang ditetapkan.

SIRIM STV merupakan anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad bertanggungjawab dalam memacu dan mengkomersilkan teknologi dan inovasi untuk perniagaan mampan.